Tuesday 23 April 2013

YOUTH CSR USM OFFICIAL LOGO



Logo Sekretariat Belia untuk CSR USM terdiri daripada dua tapak tangan, CSR dalam lingkaran hati dan corak kerawang bermotifkan flora, melambangkan identiti kelab ini.

Penggunaan elemen-elemen di dalam logo yang berwarna jingga dan ungu secara simboliknya menyatakan kelab CSR ini didasari di dalam Universiti Sains Malaysia (USM).

Setiap perlambangan membawa maksud tersendiri dan setiap satu memberi perkaitan antara satu sama lain yang mana tidak terpisah dalam memainkan peranan masing-masing. 

Dua tapak tangan melambangkan kerjasama antara semua ahli dalam kelab dalam mengangkat martabat CSR ke peringkat lebih tinggi dengan adanya anak panah yang menunjukkan arah ke atas bersebelahan simbol CSR. 

Seterusnya, simbol CSR berada di tengah-tengah lingkaran berbentuk hati melambangkan kasih sayang dan kefahaman yang positif dalam kalangan setiap ahli kelab sebagai pengdayaupayaan yang maksimum dalam memperkenal dan memperkembang CSR. 

Corak kerawang bermotifkan flora pula merupakan perlambangan alam sekitar yang lestari dan mesra yang diterapkan dalam CSR yang memberi petanda adanya peluang untuk terus dan terus bertumbuh. 

Secara keseluruhannya, logo ini didukung oleh misi sekretariat iaitu ‘Untuk Mencipta Pemimpin Belia CSR Yang Mengubah Dunia’ yang menggambarkan perjuangan jitu Sekretariat Belia CSR USM dalam menaikkan CSR dalam capaian komuniti belia dan korporat di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya.

Special Credit to: 
Deejay Daxter Albert 
&
Norain Afiqah Bt Mohamad Nasir
[DESIGN TEAM]

No comments:

Post a Comment